Kempen Kebersihan Masjid Kampung Birau

Kempen Kebersihan Masjid Kampung Birau

Oleh Haji Ibrahim bin Haji Ratu

 

TUTONG, 8 Nov – Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir dan Jawatankuasa Muslimah Masjid Kampung Birau, Tutong telah mengadakan gotong-royong bagi membersihkan bangunan dan kawasan masjid kampung tersebut.

Kerja-kerja pembersihan dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa Takmir, Pengiran Haji Mohammad Fakhrin bin Pengiran Haji Abdul Ghani, manakala itu, ahli Jawatankuasa Muslimah pula dipimpin oleh Tenaga Pengajar Muslimah, Hajah Aminah binti Haji Hassan.

Turut hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Zon Daerah Tutong, Hajah Nadhirah binti Haji Lahit.

Antara mereka yang terlibat dalam kerja amal membersihkan bangunan dan kawasan Masjid Kampung Birau.
Antara mereka yang terlibat dalam kerja amal membersihkan bangunan dan kawasan Masjid Kampung Birau.

ARTIKEL YANG SAMA