Kempen kebersihan Masjid Kampung Kupang

Kempen kebersihan Masjid Kampung Kupang

TUTONG, 5 Feb – Sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjaga kesucian masjid supaya ibadat dapat dilaksanakan dengan selesa, kempen kebersihan telah diadakan di Masjid Kampung Kupang, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan turut serta dalam kempen sempena Awal Tahun Hijrah 1437 itu ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Kempen disertai oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kupang, warga jabatan kerajaan, Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Pejabat Agama, anggota Bomba dan Penyelamat, penduduk kampung serta murid-murid kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Kampung Kupang. – HM Yusof

Tetamu kehormat, (tengah) bersama ketua kampung Kupang pada kempen kebersihan itu .
Tetamu kehormat, (tengah) bersama ketua kampung Kupang pada kempen kebersihan itu .

ARTIKEL YANG SAMA