Kempen kebersihan Masjid Kg. Bengkurong

Kempen kebersihan Masjid Kg. Bengkurong

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Pasukan Bola sepak SP1 Yunait Ideu dari Seksyen Pemeliharaan Satu, Bahagian Khidmat Bantu dan Pemeliharaan Kenderaan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan galakan daripada Ketua Bahagian Khidmat Bantu dan Pemeliharaan Kenderaan, Awang Sheran Shaari telah mengadakan kempen kebersihan di Masjid Kampung Bengkurong, pagi tadi.

Ia merupakan kempen kali kedua diadakan setelah kerja-kerja pembersihan dilaksanakan di Masjid Kampung Pelambaian tahun lepas.

Kempen itu memfokuskan kepada pembersihan masjid seperti pemotongan rumput, pembersihan longkang, penebangan dan pencantasan pokok, membuang sampah sarap dan banyak lagi.

Kegiatan itu disusun atur oleh Ketua Seksyen Pemeliharaan Satu, Haji Mohammad Sofian bin Haji Amit yang disertai oleh 30 orang termasuk pasukan Cawangan Bantu dan Gerakan (CBG) dan pasukan peronda bagi kerja-kerja pembuangan sampah.

Aktiviti kempen kebersihan yang diadakan pagi kelmarin.
Aktiviti kempen kebersihan yang diadakan pagi kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA