Kempen kebersihan MPK Luagan Dudok Tutong

Kempen kebersihan MPK Luagan Dudok Tutong

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 8 Jun – Sebelum menjelangnya bulan Ramadan, baru-baru ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Luagan Dudok Tutong telah mengadakan acara gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Tanjong Bunga, Jalan Sembatang, Kampung Luagan Dudok, Tutong.

Acara tersebut merupakan aktiviti tahunan MPK berkenaan di mana seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli MPK dan penduduk kampung telah menyertainya dengan diketuai oleh Ketua Kampung Luagan Dudok Tutong, Awang Johari bin Haji Maidin.

Ia bertujuan bagi mengingati pemergian sanak saudara dan penduduk kampung yang telah kembali ke rahmatullah selain mengeratkan silaturahim di antara ahli-ahli MPK dan penduduk kampung yang terdiri daripada warga emas, para belia dan kanak-kanak, seterusnya memupuk sikap mementingkan kebersihan tanah perkuburan.

Sebelum ini, MPK Luagan Dudok Tutong juga telah mengadakan Majlis Doa Arwah Sekampung yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok bagi sama-sama mengingati pemergian ahli keluarga dan penduduk kampung yang telah kembali ke rahmatullah.

Semasa acara gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Tanjong Bunga dijalankan.
Semasa acara gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Tanjong Bunga dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA