Kempen kebersihan peringkat Belait esok

Kempen kebersihan peringkat Belait esok

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Mei – Jawatankuasa Kerja Kempen Kebersihan Peringkat Daerah Belait akan mengadakan Kempen Kebersihan secara serentak di daerah ini pada Rabu 4 Mei ini dengan membersihkan kawasan-kawasan luar dan dalam bangunan kerajaan, tapak-tapak dan bangunan komersial, kawasan perumahan, sekolah-sekolah dan sebagainya di daerah Belait.

Pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPK), sukarelawan dan orang-orang perseorangan di daerah ini dijangka terlibat menyertai kempen tersebut.

Ia dihasratkan dapat memikul tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan-kawasan masing-masing dan pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini selain untuk menanamkan semangat dan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di mana jua tempat dan kawasan di daerah Belait pada setiap masa.

Shaikh Khalid menyerahkan sumbangan kepada Haji Haris.
Shaikh Khalid menyerahkan sumbangan kepada Haji Haris.

Sehubungan itu, Kumpulan Syarikat Srikandi tampil menyumbang 500 pasang sarung tangan, 1,000 keping beg plastik sampah dan 1,000 botol air mineral untuk digunakan dalam menjayakan kempen tersebut.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Srikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad kepada Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kempen Kebersihan Peringkat Daerah Belait. Majlis diadakan di Jabatan Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA