Kempen menangani isu kebersihan

Kempen menangani isu kebersihan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 8 Jun – Dalam usaha menangani isu-isu kebersihan khususnya di kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria serta memastikan ia sentiasa nampak bersih dan indah, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah mengadakan kempen kebersihan di Bangunan Gerai Seri Selera dan persekitarannya dekat sini, hari ini.

Turut menyertai kempen tersebut ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Awang Sarih bin Tabong serta kira-kira 100 orang pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Selain itu, turut sama dalam kempen itu ialah peniaga-peniaga dan pembantu-pembantu gerai berkenaan membersihkan ruang gerai masing-masing.

Kempen kebersihan itu juga merupakan perancangan dan aktiviti jabatan tersebut yang diserapkan secara berkala dari semasa ke semasa dalam menangani isu-isu kebersihan.

Pembersihan dalam bangunan gerai makan dan persekitarannya.
Pembersihan dalam bangunan gerai makan dan persekitarannya.

Kerja-kerja pembersihan dalam bangunan gerai makan tersebut turut diteruskan dengan pembersihan longkang, mengutip sampah dan penyemburan racun serangga dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA