Kempen Nadal bermula sukar

Kempen Nadal bermula sukar

DOHA, 6 Jan (AFP) – Bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal hampir tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Qatar sebelum bangkit untuk menewaskan rakan senegaranya, Pablo Carreno Busta 6-7 (5/7), 6-3, 6-1.

Nadal tumpas di set pertama sehingga hampir mengikut jejak rakan senegara yang juga juara bertahan, David Ferrer apabila tersungkur awal susulan kekalahan di tangan pemain nombor 94 dunia, Ilya Marchenko dari Ukraine.

Bagaimanapun, Nadal, juara 14 kali Grand Slam itu kembali bangkit daripada detik sukar bagi menguasai set kedua dan ketiga.

Saingan tahun baru Rafael Nadal nampaknya tidak mudah apabila terpaksa bermain tiga set untuk menewaskan lawannya. – AFP
Saingan tahun baru Rafael Nadal nampaknya tidak mudah apabila terpaksa bermain tiga set untuk menewaskan lawannya. – AFP

“Di set kedua dan ketiga, saya beraksi dengan baik dan kurang melakukan kesilapan. Ia sesuatu yang cukup positif.

“Saya beraksi pada tahap terbaik dan lebih agresif. Apabila saya mampu lakukannya, segala-galanya akan berubah,” katanya.