Kempen percuma Line Music dua bulan

Kempen percuma Line Music dua bulan

TOKYO, 14 Jun (AFP) – Saluran perkhidmatan muzik baru di Jepun menyasarkan untuk menghasilkan kesan dalam pasaran muzik kedua terbesar dunia, tetapi bakal berdepan cabaran sukar dari sektor yang tidak dipertikaikan — cakera padat (CD) lama yang bagus.

Ketika muzik digital sekarang mengatasi jualan-jualan CD di Amerika Syarikat, pencinta muzik Jepun mahu menunjukkan koleksi cakera mereka — e-buku juga dalam pergelutan — dan industri itu berdepan kesukaran terhadap jualan media fizikal.

Minggu ini, gergasi mesej telefon bimbit, Line berkata ia melalui laluan di mana yang lain termasuk Sony dan gergasi permainan DeNa telah menemui kegagalan, dengan saluran perkhidmatan menawarkan akses tanpa had terhadap koleksi lebih dari 1.5 juta lagu bagi 1,000 yen (AS$8) sebulan.

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu sebelum gergasi teknologi Apple dijangka memasuki pasaran Jepun dengan perniagaan salurannya yang tersendiri — sebahagiannya dari strategi muat turun digital yang meluas yang akan menawarkan pesaing hebat terhadap perkhidmatan secara talian seperti Spotify, Pandora dan Tidal dari Jaz Z.

Line Music berkata ia akan mengendalikan kempen percuma selama dua bulan sebelum memasuki perniagaan berasaskan bayaran, yang juga menawarkan kesedaran bajet kepada pengguna 20 jam mendengar bagi 500 yen. Ia berkata turut merancang meningkatkan koleksinya kepada 30 juta lagu pada tahun depan.

Bulan lalu, firma teknologi maklumat CyberAgent dan gergasi muzik Avex Group menjalankan perkhidmatan saluran AWA mereka.

ARTIKEL YANG SAMA