Kempen sembahyang jemaah seluruh negara

Kempen sembahyang jemaah seluruh negara

Oleh Yusrin Junaidi, Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Sebagai salah satu acara iringan sempena Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437H / 2016M, Kempen Sembahyang Berjemaah diadakan secara serentak di semua masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Turut menyertai kempen di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Dianggarkan lebih 1,000 orang jemaah menghadiri kempen di seluruh negara yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) para jemputan lain, anggota beruniform dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, peserta Program Khidmat Bakti Negara, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir masjid dan kumpulan belia masjid serta jemaah masjid.

Masjid-masjid tumpuan di keempat-empat daerah ialah Masjid Rancangan Perpindahan Negara Kampung Pandan bagi Daerah Belait yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku tetamu kehormat.

Tumpuan di Daerah Brunei dan Muara ialah di Masjid Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan yang dihadiri Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji A. Rashid.

Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (tengah) bersama-sama jemaah menunaikan solat Subuh di Masjid Rancangan Perumahan Kampung Pandan dalam kempen di Daerah Belait. – Gambar oleh Hajah Saemah Kepli.
Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (tengah) bersama-sama jemaah menunaikan solat Subuh di Masjid Rancangan Perumahan Kampung Pandan dalam kempen di Daerah Belait. – Gambar oleh Hajah Saemah Kepli.
Tazkirah selepas solat di Daerah Belait.
Tazkirah selepas solat di Daerah Belait.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti bersembahyang jemaah di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti bersembahyang jemaah di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

Manakala itu, Daerah Temburong di Masjid Utama Mohd Salleh, Temburong dihadiri Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Harun bin Haji Junid dan Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dengan dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah.

Kempen anjuran KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid ini dilaksanakan untuk meningkatkan keramaian orang yang menunaikan solat Fardu Subuh secara berjemaah di samping memakmurkan rumah Allah dengan meramaikan kehadiran untuk mendirikan solat secara berjemaah.

Atur cara kempen telah didahului dengan solat Fardu Subuh berjemaah sebelum bacaan Surah Al-Waqiah beramai-ramai dan diteruskan dengan tazkirah bertajuk ‘Kelebihan Sembahyang Berjemaah di Masjid’.

Jemaah Daerah Temburong turut memeriahkan sambutan Israk dan Mikraj. - Gambar oleh Noorhamizan Haji Mosbi
Jemaah Daerah Temburong turut memeriahkan sambutan Israk dan Mikraj. – Gambar oleh Noorhamizan Haji Mosbi
Bacaan Surah Al-Waqiah beramai-ramai dalam kempen sembahyang jemaah Subuh di Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong.
Bacaan Surah Al-Waqiah beramai-ramai dalam kempen sembahyang jemaah Subuh di Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong.

Antara objektif kempen ini diadakan adalah untuk menghidupkan sunah dan dapat menimbulkan rasa persamaan antara umat Islam dalam melaksanakan solat berjemaah, meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kelebihan menunaikan solat berjemaah.

Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Chuchu ketika ditemui pada kempen di Daerah Belait berkata solat Subuh dipilih dalam kempen berkenaan kerana itulah waktu yang paling berat dilakukan orang ramai untuk datang ke masjid walaupun ia hanya dua rakaat.

Selain itu, tambahnya, ia juga dipilih seperti mana salah satu hadis yang menyatakan, solat sunat sebelum Subuh itu sendiri nilainya lebih daripada dunia dan segala isinya, dengan sebab itulah juga ia dipilih sebagai memulakan kempen sembahyang bersempena sambutan Israk dan Mikraj.

“Jika dilihat secara umumnya, masing-masing waktu sembahyang itu mempunyai keistimewaannya, seperti mana dikatakan tadi ianya memerlukan kekuatan bukan saja dari segi rohani, tetapi juga jasmani.

“Oleh itu, kempen ini juga dihasratkan sebagai tarbiah untuk mendidik diri sendiri dari segi rohani dan jasmani dalam menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid, dan jika diamalkan ianya dapat mendisiplinkan diri termasuklah juga jika ianya turut diamalkan oleh kalangan belia-belia,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA