Kempen Tambah Nilai Berganda Progresif hingga 12 Disember

Kempen Tambah Nilai Berganda Progresif hingga 12 Disember

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Dis – Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggannya, Progresif Cellular Sdn Bhd sekali lagi menawarkan Tambah Nilai Berganda (Double Top Up) kepada semua pelanggan prabayarnya sehingga 12 Disember ini.

Awal minggu lalu, Progresif telah meminta para pelanggan untuk mengundi bagi promosi mana yang mereka mahukan bulan ini menerusi pesanan ringkas SMS dan media sosial, di mana mereka diberi pilihan antara empat jam panggilan percuma setiap hari atau Tambah Nilai Berganda.

Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Paul Hyde dalam satu kenyataan berkata; “Jenama kami adalah mengenai komunikasi mudah, telus dan membantu pelanggan kami mempunyai akses yang lebih baik kepada kehidupan yang saling berhubung.

“Untuk melakukannya, kami sentiasa cuba untuk melibatkan dan mendengar pelanggan kami untuk menawarkan penyelesaian-penyelesaian, produk dan perkhidmatan kreatif. Kami fikir, ini hanya sebahagian daripada apa yang menjadikan Progresif ‘progresif’,” ujarnya.

p02-1_20151208

Menurut kenyataan itu, tawaran Tambah Nilai Berganda ini merupakan salah satu daripada siri promosi daripada Progresif yang menumpukan pelanggan dengan matlamat menunaikan janji mereka untuk mempermudah persekitaran telekomunikasi di Brunei dan menjadi perkhidmatan lebih mudah diakses, sesuai dan mampu milik.

Baru-baru ini, Progresif juga telah melancarkan perkhidmatan e-Top Up, iaitu kaedah tambah nilai secara elektronik yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk menambah nilai mengikut jumlah yang dikehendaki daripada $1 hingga $100 dan tidak memerlukan kad gores atau resit dan pin.

E-Top Up kini terdapat di kesemua kedai Progresif dan sedang diperkenalkan ke semua lokasi di mana Tambah Nilai Progresif dijual di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA