Kempunan juara tamparan hebat kepada harapan Perancis

Kempunan juara tamparan hebat kepada harapan Perancis

PARIS, 12 Julai – Ia amat bermakna untuk gembira bersama dengan potensi kemenangan Euro 2016 mampu mengurangkan derita Perancis ekoran serangan pengganas di Paris dan kesugulan politik selama berbulan-bulan.

Namun tatkala kekalahan 1-0 kepada Portugal bermakna kesugulan, Perancis tidak bangun untuk bersuka ria semalaman yang diharapkan, di mana negara bertemasya dalam keadaan luar biasa dan memperlihatkan perpaduan selepas sampai ke peringkat akhir dan berjaya menjadi tuan rumah kejohanan itu.

“So Cruel,” (Begitu kejam), begitulah tajuk akhbar Le Parisien, yang merumuskan pemikiran kebanyakan orang yang sedih meninggalkan bar dan zon peminat selepas kekalahan yang tidak tertanggung ekoran jaringan Eder pada masa tambahan ketika Christiano Ronaldo, pemberi semangat untuk Portugal yang mengalami kecederaan menyaksikan di tepi padang.

“We would so have loved a collective explosion of joy. Too Bad” (Kami mungkin suka bertemasya bersama. Sayang sekali), akhbar berkata dalam ruangan editorial.

Dengan mengetepikan tangisan, kehadiran Perancis dalam perlawanan akhir telah membawa keseronokan yang begitu diperlukan kepada sebuah negara yang hidup dalam ancaman berterusan serangan pengganas dan dibelenggu bantahan ganas antikerajaan selama berbulan-bulan.

“Dengan segala apa yang telah berlaku, serangan, tunjuk perasaan, krisis ekonomi, kami layak membuat sesuatu untuk merasa lebih baik,” kata Lazaro de Santana, 31, yang kecewa.

Para pegawai Perancis memuji kelancaran perjalanan kejohanan ini dengan berkata, “Hari ini kita boleh mengatakan Perancis menang. Mungkin bukan dalam sukan, tetapi kita menang dalam kemampuannya menganjurkan kejohanan ini,” kata Menteri Sukan Patrick Kanner.

Sementara perarakan kemenangan tidak diadakan di Paris tetapi di Lisbon, Presiden Francois Hollande mengadakan jamuan makan malam untuk para pemain Les Blues dan menenangkan mereka dengan ucapan tahniah atas pencapaian mereka sampai ke peringkat akhir.

Perancis sekurang-kurangnya meraih anugerah pemain terbaik kejohanan selepas UEFA memberikan penghormatan kepada Antoine Griezmann semalam selepas menjaringkan enam gol, sekali gus muncul sebagai pemenang Kasut Emas Euro 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA