KEMUDA anjur kempen derma darah kali ke-4

KEMUDA anjur kempen derma darah kali ke-4

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Dalam usaha yang berterusan untuk membantu menambah tabung simpanan darah di negara ini, Institut KEMUDA dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hari ini telah mengadakan Kempen Derma Darah yang berlangsung di Institut KEMUDA, Kampus Beribi.

Kempen yang diadakan buat kali ke-4 ini telah dibukakan kepada orang ramai dan para penuntut serta kakitangan institut berkenaan.

Bermula jam 1:30 sehingga 4 petang, kempen bertujuan untuk memberi bantuan secara berterusan dengan menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Antara para penuntut yang menyertai kempen derma darah kelmarin.
Antara para penuntut yang menyertai kempen derma darah kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA