KEMUDA terima 90 pelajar baru

KEMUDA terima 90 pelajar baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Institut Kemuda mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru pengambilan Mac ke kampus mereka dengan sesi orientasi anjuran Majlis Pelajar Institut Kemuda yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

Pelancaran orientasi berkenaan telah diadakan di Institut Kemuda, Beribi, dan dihadiri oleh 90 orang pelajar baru dari kampus Brunei-Muara dan kampus Kuala Belait.

Daripada jumlah keseluruhan pelajar baru, 80 merupakan penerima biasiswa di bawah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dan 10 lagi secara persendirian, yang mengikuti pendidikan program NCC jurusan Komputer Peringkat 3 dan 4.

Pengerusi Institut Kemuda, Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Muhammad semasa menyampaikan ucapan perasmian, antara lain menyentuh mengenai prestasi beberapa orang pelajar Kemuda yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang, yang menurutnya, pencapaian itu sangat dikagumi.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini, para pelajar mestilah mempunyai persediaan dari segi pendidikan seperti pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris sebagai aset penting individu.

Dato Paduka Haji Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Dato Paduka Haji Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Pelajar-pelajar baru Institut Kemuda pengambilan bulan Mac 2016 menghadiri sesi orientasi selama tiga hari bermula kelmarin.
Pelajar-pelajar baru Institut Kemuda pengambilan bulan Mac 2016 menghadiri sesi orientasi selama tiga hari bermula kelmarin.

Selain pembelajaran asas, beliau turut menekankan supaya mempelajari pelbagai bahasa bagi kegunaan mereka pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Institut Kemuda, Pengiran Haji Masri bin Pengiran Haji Othman pula telah menekankan mengenai misi Institut Kemuda untuk memberikan program peluang kedua bagi mereka yang mampu dan berkeupayaan untuk menghadiri kursus-kursus IT (sijil, Diploma dan Advanced Diploma) menerusi program pendekatan di bawah ‘asuh dan asah’.

Institut Kemuda, ujarnya, terus memberikan galakan dan latihan kepada setiap penuntut agar terus cemerlang menerusi akademik dan secara persendirian.

“Kursus ini dipilih secara profesional menurut kesesuaian dalam industri yang ada sekarang dan boleh dipasarkan menerusi pengalaman kami beberapa tahun yang lalu yang mana penuntut-penuntut berjaya mendapatkan pekerjaan dengan mudah.

“Dalam tambahan, pelajar kami juga berjaya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ICT di luar negara, atau mereka boleh memulakan perniagaan mereka dan mempunyai kerjaya sebagai pemaju laman sesawang, pemaju sistem, program pakar rangkaian, pentadbir pangkalan data, juruteknik perisian, perkakasan komputer,” ujar beliau.

Institut Kemuda baru-baru ini diletakkan dalam kampus baru yang boleh memberikan kemudahan akademik lebih baik dan memastikan pengalaman akademik berkualiti.

Institut Kemuda juga dikenali sebagai KEMUDA (bermakna ke arah generasi muda) merupakan sebuah kolej swasta di Brunei Darussalam yang mempunyai komitmen utama bagi kecemerlangan akademi.

Ia masih dalam proses untuk menambah kedudukan fakulti, penambahan fakulti dan kajian graduan, penambahan bantuan kewangan pelajar dan mengembangkan peluang dalam program sarjana muda seperti pembelajaran luar, latihan amali, perkhidmatan masyarakat dan maklumat persendirian.

ARTIKEL YANG SAMA