Kemuncak EPL minggu lepas

Kemuncak EPL minggu lepas

LONDON, 28 Nov – Chelsea kekal di tangga teratas, Manchester City mendaftarkan kemenangan di Burnley, Manchester United melanjutkan kehambaran di laman sendiri berikutan sekali lagi keputusan seri dan Liverpool kehilangan pemain tonggak Philippe Countinho.

Inilah lima perkara yang mampu dilihat pada saingan Liga Perdana Inggeris sepanjang minggu ini:

Chelsea mampu beri saingan

Chelsea melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan enam kemenangan berturut-turut dalam persembahan yang jauh menguasai lawan mereka. Namun kemenangan 2-1 dari belakang ke atas Tottenham Hotspur menunjukkan mereka juga berupaya untuk bersaing dengan pasukan yang membuktikan mereka berada dalam peringkat yang sama. Christian Eriksen membawa Spurs di depan pada minit ke-11 dan pasukan Mauricio Pochettino begitu dominan pada separuh masa, namun gol-gol pada setiap separuh masa oleh Pedro Rodriguez dan Victor Mosses mengubah perlawanan tersebut. Chelsea mampu menangani asakan pasukan pelawat secara fizikal untuk meraih kembali kedudukan teratas mereka. Mereka akan mengunjungi pasukan Pep Guardiola, Manchester City hujung minggu depan dalam usaha untuk merekodkan kemenangan kelapan liga berturut-turut sejak 2010.

Pedro meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – AP
Pedro meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. – AP
Manchester City mampu melakar kemenangan melalui dua gol daripada Sergio Aguero. – AP
Manchester City mampu melakar kemenangan melalui dua gol daripada Sergio Aguero. – AP

City kembali bersemangat

Kemenangan tidak rapi 2-1 Manchester City ke atas Burnley pada malam Sabtu mungkin dianggap tidak seberapa, namun bagi Pep Guardiola, kunjungan ke Turf Moor itu menunjukkan kepentingan kekuatan skuad itu secara mendalam. Pengurus City itu telah membuat lima perubahan kepada barisan kesebelasan utamanya berikutan aksi pertengahan minggu saingan Liga Juara-Juara menentang Borussia Moenchengladbach. Pertukaran-pertukaran itu termasuk tidak memainkan pemain pertahanan John Stones dan merehatkan pemain tengah Kevin De Bruyne. Burnley berada di depan pada minit ke-14 melalui rembatan voli Dean Marney, namun City kembali memenangi perlawanan melalui dua gol Sergio Aguero pada kedua-dua separuh masa. City mempamerkan aksi pertahanan yang mantap ekoran asakan Burnley di saat-saat akhir dan merekodkan kemenangan berturut-turut buat pertama kali sejak September.

Liverpool kehilangan khidmat Coutinho

Kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Sunderland memerlukan pengorbanan apabila bintang Brazil, Philippe Coutinho mengalami kecederaan yang dijangka akan direhatkan sehingga tahun baru dalam apa yang disyaki kecederaan ligamen buku lali.

Liverpool kehilangan penyerang utama mereka Philippe Coutinho yang mendapat kecederaan buku lali pada perlawanan menentang Sunderland. – AFP
Liverpool kehilangan penyerang utama mereka Philippe Coutinho yang mendapat kecederaan buku lali pada perlawanan menentang Sunderland. – AFP

TAble

Pemain berusia 24 tahun telah sekian lama menjadi tonggak penyerang Liverpool musim ini, merekodkan lima gol dan enam umpanan dan dilaporkan mendapat perhatian dari skuad Barcelona. Dengan Adam Lallana juga ketika ini mengalami kecederaan pangkal paha dan Sadio Mane akan bertugas buat negara dalam aksi Piala Afrika buat Senegal pada Januari, ketiadaan Coutinho merupakan satu kerugian buat Klopp.

Man United bermasalah cipta jaringan

Mereka mungkin berbangga mempunyai begitu ramai pemain bintang dalam dunia bola sepak, namun Manchester United ketika ini mengalami masalah jaringan dalam saingan Liga Perdana. Keputusan seri 1-1 dengan West Ham United awal pagi tadi adalah keputusan seri keempat mereka di tempat sendiri secara berturut-turut, sesuatu yang hanya mereka alami pada 1980 dan dalam perlawanan itu mereka hanya menjaringkan tiga gol. United menunjukkan mereka tahu di mana sasaran gol pada kemenangan 4-0 mereka ke atas Feyenoord dalam aksi Liga Europa pada pertengahan minggu, namun tidak dalam saingan liga. Mereka ketika ini berada di kedudukan keenam, ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Chelsea selepas hanya 13 perlawanan.

Walcott ayah yang gembira

Theo Walcott mungkin tidak cukup tidur berikutan kelahiran anak keduanya baru-baru ini, namun pemain sayap Arsenal itu menghasilkan aksinya sendiri untuk membantu skuadnya dalam kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth. Pemain kebangsaan England itu menghasilkan gol kedua yang bermakna di Stadium Emirates semalam. Callum Wilson menyamakan kedudukan setelah gol pembukaan Alexis Sanchez di awal permainan, namun Walcott mencipta tandukan yang istimewa daripada hantaran lintang Nacho Monreal pada minit ke-53, meraikan dengan gerakan ‘rock the baby’ untuk mengembalikan pasukannya di depan. Gol kedua Sanchez memastikan kemenangan milik Arsenal untuk menamatkan tiga perlawanan dengan keputusan seri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA