Kemuncak EPL minggu lepas

Kemuncak EPL minggu lepas

LONDON, 21 Nov – Chelsea menduduki persada liga, Liverpool terlepas peluang di Southampton, Yaya Toure melakukan aksi kembali cemerlang buat Manchester City dan Arsenal menjaringkan gol pada minit-minit akhir bagi keputusan seri 1-1 ke atas pasukan Jose Mourinho, Manchester United.

Itulah antara perkara hebat yang terjadi pada aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas selepas pemain-pemain kelab kembali dari rehat perlawanan antarabangsa dan berikut adalah perkara-perkara yang menjadi tajuk utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas:

Chelsea beri kejutan

Tidak begitu ramai meramalkan Chelsea akan berada di persada liga sebelum akhir November selepas kekalahan 3-0 ke atas Arsenal pada 24 September menempatkan mereka di kedudukan kelapan liga.

Namun itulah yang mereka kejar selepas kemenangan 1-0 di Middlesbrough memberikan pasukan Antonio Conte kemenangan enam perlawanan berturut-turut.

Chelsea setakat ini belum membenarkan sebarang gol di gawang mereka sejak menukar formasi kepada 3-4-3 ketika perlawanan menentang Arsenal dan Diego Costa telah mendapatkan semula sentuhan jaringannya, apabila menjaringkan buat kali ke-10 untuk meraih kemenangan di Stadium Riverside.

Man United mula temui rentak

Kedudukan liga tidak begitu sedap dilihat oleh para penyokong Manchester United, yang mana pasukan itu kini sembilan mata di bawah pendahulu Chelsea selepas hanya memenangi dua daripada sembilan perlawanan liga terkini mereka.

Kegagalan untuk menewaskan Arsenal pada perlawanan seri 1-1 bermakna United telah seri dalam tiga perlawanan di laman sendiri berturut-turut buat pertama kali sejak 1992.

Namun fakta itu tidak menceritakan keseluruhan cerita.

Aksi Paul Pogba pada perlawanan menentang Arsenal di Old Trafford. - AP
Aksi Paul Pogba pada perlawanan menentang Arsenal di Old Trafford. – AP
Aksi Manchester United kelihatan lebih tajam apabila melakukan lebih banyak serangan berbanding pihak lawan. - AP
Aksi Manchester United kelihatan lebih tajam apabila melakukan lebih banyak serangan berbanding pihak lawan. – AP

Seperti apa yang mereka hadapi pada dua keputusan seri mereka 0-0 menentang Stoke City dan 1-1 menentang Burnley, United menguasai perlawanan dengan Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-89 melalui Olivier Giroud dalam satu-satunya percubaan mereka ke tempat sasaran. United melepaskan 74 percubaan berbanding 19 percubaan daripada pihak lawan dalam tiga perlawanan tersebut. Jika segala serangan itu membuahkan hasil, mereka boleh sahaja menjadi pencabar takhta liga.

Giroud senjata rahsia Arsenal

Jaringan Giroud di Old Trafford, yang dihasilkan melalui tandukan daripada hantaran lintang Alex Oxlade-Chamberlain adalah gol ke-10 yang telah dijaringkannya selepas melangkah keluar dari bangku simpanan Arsenal, menjadikan pemain kebangsaan Perancis itu pemain gantian paling prolifik kelab tersebut dalam era Liga Perdana.

Olivier Giroud yang menjaringkan pada saat-saat akhir - AP
Olivier Giroud yang menjaringkan pada saat-saat akhir – AP

Arsene Wenger telah sekian lama menggunakan Alexis Sanchez sebagai penyerang tunggal musim ini, namun dengan Arsenal bergelut untuk mencipta beberapa peluang dalam dua perlawanan terkini mereka, keputusan seri di United dan sebelum ini menemui jalan buntu ketika seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur, pengurus Perancis itu mengakui dia memikirkan untuk mengembalikan Giroud kepada kesebelasan utamanya dan memberikan Sanchez kepada peranan yang lebih mendalam.

Dengan empat gol dalam empat perlawanan, Giroud mempertaruhkan tuntutan yang kuat untuk bermula ke barisan kesebelasan utama.

Hukuman Toure sudah berakhir

Apabila Yaya Toure kembali bermain buat Manchestery City pada kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace, pemain Ivory Coast itu disambut dengan kegembiraan.

Dia telah membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana musim ini dengan dua jaringan, termasuk gol pada minit-minit akhir dan rakan sepasukannya berbaris untuk menyambutnya dengan sorakan gemuruh.

Setelah dibekukan oleh pengurus baru Pep Guardiola, Toure dilihat seperti tidak akan kembali, terutamanya selepas ejennya menuduh Guardiola melayan pemain tengah itu dengan tiada hormat. Namun akhirnya dia diberikan peluang untuk bermain menentang Palace dan memberikan tindak balas dengan gol-gol pada minit ke-39 dan ke-83.

Untuk menambah kegembiraan itu, Guardiola yang sebelum ini menjual Toure ke City dari Barcelona, mengesahkan pemain berusia 33 tahun itu kekal dalam pelannya hingga ke penghujung musim.

Van Dijk pertahanan kebal

Southampton telah menyaksikan beberapa pemain termasuk Nathaniel Clyne, Adam Lallana, Dejan Lovren dan Sadio Mane berpindah ke Liverpool dalam musim-musim kebelakangan.

Namun pada Sabtu lepas pasukan itu berupaya untuk mengekang Liverpool, penjaring terbanyak Liga Perdana, untuk keputusan seri di St Mary.

Ini semua hasil daripada pertahanan menakjubkan Virgil van Dijk, yang dibeli dari Celtic tahun lepas (AS$16 juta). Pemain tinggi lampai Belanda itu menerajui pertahanan Southampton dengan baik, menghasilkan sekatan bola untuk menggagalkan cubaan Mane pada separuh masa pertama.

ARTIKEL YANG SAMA