Kemuncak G7 buka tirai di Jerman

Kemuncak G7 buka tirai di Jerman

ELMAU CASTLE, Jerman, 7 Jun (AFP) – Krisis hutang Greece dan pertempuran yang meletus di Ukraine turut menjadi agenda tumpuan sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman mulai hari ini.

Namun Canselor Jerman, Angela Merkel telah meminta rakan pemimpinnya dalam kelab negara kaya supaya melihat di luar krisis yang sedang dihadapi kepada isu utama yang menjejaskan warga dunia.

Berikut adalah gambaran keseluruhan senarai Merkel yang perlu dilakukan untuk perhimpunan dua hari di Elmau Castle di Bavarian Alps.

Mewujudkan satu barisan bersatu di kalangan tujuh negara perindustrian untuk memerangi perubahan iklim menjadi “keutamaan mutlak” Merkel, kata penasihat beliau. Matlamatnya adalah menghantar mesej yang jelas sebelum kempen untuk mencapai perjanjian global pada Disember pada satu persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) di Paris yang meminta negara supaya mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Pemerhati akan mencari petunjuk mengenai sejauh mana negara bersedia untuk mengamalkan dasar “pembebasan karbon,” bermakna pengurangan dramatik dalam penggunaan bahan api fosil.

(Dari kiri ke kanan) Presiden Majlis Eropah Donald Tusk, PM Jepun Shinzo Abe, PM Kanada Stephen Harper, Presiden AS Barack Obama, Canselor Jerman Angela Merkel, Presiden Perancis Francois Hollande, PM British David Cameron, PM Itali Matteo Renzi dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah Jean-Claude Juncker bergambar ramai sebelum memulakan sesi kerja pertama mereka di Elmau Castle di selatan Jerman, pada 7 Jun 2015. – AFP
(Dari kiri ke kanan) Presiden Majlis Eropah Donald Tusk, PM Jepun Shinzo Abe, PM Kanada Stephen Harper, Presiden AS Barack Obama, Canselor Jerman Angela Merkel, Presiden Perancis Francois Hollande, PM British David Cameron, PM Itali Matteo Renzi dan Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah Jean-Claude Juncker bergambar ramai sebelum memulakan sesi kerja pertama mereka di Elmau Castle di selatan Jerman, pada 7 Jun 2015. – AFP

Bagaimanapun, penganalisis berkata walaupun jika anggota Eropah G7 – Britain, Perancis, Jerman dan Itali – nampaknya bersedia untuk menyokong perumusan kenyataan sidang kemuncak terakhir yang mengecam penggunaan bahan api fosil dalam penghasilan elektrik mulai tahun 2050, misalnya, Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat tidak mungkin mengikut jejak langkah mereka.

Presiden Jerman mahu G7 bersatu menyokong satu pelan untuk memerangi pandemik global seperti yang ditetapkan oleh Bank Dunia, dan memajukan penyelidikan mengenai Ebola.

Tentangan terhadap antibiotik juga akan dibincangkan dalam agenda, termasuk cadangan yang didorong oleh usul Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memeriksa preskripsi antibiotik berlebihan dan menetapkan kriteria yang lebih terhad untuk penggunaan mereka dalam manusia serta haiwan.