Kemuncak saingan EPL minggu lepas

Kemuncak saingan EPL minggu lepas

LONDON, 26 Sept – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City mengekalkan aksi sempurna mereka di bawah kendalian Pep Guardiola tatkala Manchester United kembali ke aksi kemenangan apabila menewaskan juara bertahan Leicester City.

Ini merupakan lima perkara yang dapat dilihat dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lepas.

Tiada Rooney, tiada masalah buat United

Aksi Manchester United bersaing di tempat sendiri menentang Leicester City menyebabkan kekecohan selepas Jose Mourinho membuat keputusan untuk menggugurkan Wayne Rooney daripada kesebelasan utama, yang kini bergelut untuk mencari kembali rentaknya. Hasil daripada perubahan itu tidak begitu baik di mata Rooney, yang melihat di bangku pemain simpanan menyaksikan rakan-rakan sepasukannya mempamerkan aksi yang lebih meyakinkan musim ini dengan kemenangan 4-1 ke atas pasukan juara.

Juan Mata dimasukkan bagi menggantikan peranan Rooney membuktikan lebih berkesan, menjaringkan gol kedua buat United selepas aksi kemas berpasukan di luar petak D membuahkan hasil. Pogba pula membuka akaun pertama jaringannya apabila menanduk bola masuk ke gawang selepas menerima hantaran melalui sepakan sudut pada minit ke-42.

Tidak memainkan Wayne Rooney dari awal perlawanan nampaknya memberikan perkara positif buat United. – AP
Tidak memainkan Wayne Rooney dari awal perlawanan nampaknya memberikan perkara positif buat United. – AP
Meskipun tidak menyumbangkan gol, Ibrahimovic kelihatan lebih banyak terlibat pada perlawanan lepas. – AP
Meskipun tidak menyumbangkan gol, Ibrahimovic kelihatan lebih banyak terlibat pada perlawanan lepas. – AP

Dengan Marcus Rashford dan Zlatan Ibrahimovic juga menunjukkan persembahan baik dalam serangan dan Ander Herrera menetapkan tempo di bahagian midfield, Rooney kini perlu bertarung dengan dirinya sendiri untuk mendapatkan semula tempatnya.

Conte punya masalah di bahagian pertahanan

Chelsea mempersembahkan aksi pertahanan yang begitu buruk apabila tewas 3-0 ke atas Arsenal di mana anak didik Arsene Wenger itu menamatkan kemarau jaringan enam perlawanan liga menentang musuh London mereka itu dengan tiga gol dalam 40 minit pertama. Pemain pertahanan Chelsea nampaknya kurang selesa dengan barisan pertahanan yang dimahukan Antonio Conte dan bergelut untuk memainkan bola melalui asakan Arsenal.

Aksi Gary Cahill begitu teruk, menghadiahkan bola kepada Alexis Sanchez sebelum Arsenal membuat jaringan, dan pemain pertahanan Branislav Ivanovic perlu mengharungi segala asakan yang datang. Kapten John Terry dan Kurt Zouma dijangka akan kembali cergas untuk bermain bulan depan dan melihat pasukannya dibolosi sembilan jaringan dalam empat perlawanan liga terakhir mereka dan ketika saingan piala, Conte sudah tentu tidak sabar untuk mendapatkan mereka kembali.

Aguero tetap pemain hebat

Jika orang ramai masih ragu-ragu, Sergio Aguero hanya memerlukan sembilan minit untuk membuktikan kenapa dia kekal pemain paling berharga Manchester City.

Kembali dari penggantungan tiga perlawanan disebabkan menyiku pemain West Ham Winston Reid, Aguero menjadi mimpi buruk buat pertahanan Swansea di Stadium Liberty Sabtu lepas.

Dia membuka jaringan pada minit ke sembilan dengan kawalan bola yang cantik kawasan penalti sebelum meledak bola melepasi penjaga gawang Swansea Lukasz Fabianski.

Skuad kendalian Pep Guardiola meneruskan kempen sempurna mereka musim ini dengan kemenangan di semua pertandingan. – AP
Skuad kendalian Pep Guardiola meneruskan kempen sempurna mereka musim ini dengan kemenangan di semua pertandingan. – AP

Selepas penyamaan Swansea, Aguero membuatkan jaringan lagi, secara nakal membuatkan Fabianski merebahkan badan ke arah bertentangan dengan sepakan penalti di minit ke-65.

Jaringan ke-11 Aguero dalam semua pertandingan musim ini mengesahkan City kekal di atas Liga Perdana dan meneruskan aksi permulaan sempurna Guardiola.

Reds sasar kejuaraan

Liverpool tidak pernah ditabalkan sebagai juara England sejak 1990 dan aksi perlawanan menentang Hull adalah betul-betul jenis perlawanan yang sering membuktikan punca kejatuhan mereka dalam bidaan meraih gelaran baru-baru ini. Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah menulis dalam nota programnya dengan menggambarkan Hull sebagai pasukan yang “susah untuk ditewaskan”, namun itu tidak menghentikan kemenangan 5-1 pasukannya, dengan aksi menakjubkan daripada perancang mereka Philipp Countinho.

Aksi pasukan Liverpool ketika menewaskan Hull City 5-1 minggu lepas. – AP
Aksi pasukan Liverpool ketika menewaskan Hull City 5-1 minggu lepas. – AP

Pertahanan West Ham mudah ditembusi

Hanya bila Slaven Bilic menganggap perkara tidak mungkin menjadi lebih teruk di bahagian pertahanan West Ham, jurulatih Croatia itu terpaksa melihat asakan Southampton ke arah pertahannya pada perlawanan semalam yang berakhir dengan kemenangan 3-0 pasukan pelawat di Stadium London.

Selepas aksi memberangsangkan musim pertama mengendalikan West Ham, Bilic kini kelihatan tersekat dalam mimpi buruk musim ini selepas setiap perlawanan Liga Perdana membawa satu set segar penghinaan buat barisan belakang pasukannya.

Dibolosi tiga jaringan apabila menentang pasukan kuat Manchester City adalah sesuatu yang difahami, namun berikutan dua perlawanan, West Ham dibolosi empat jaringan dalam kekalahan menentang pasukan kurang hebat seperti Watford dan West Bromwich Albion.

Charlie Austin membuka jaringan buat Southampton sebelum separuh masa dan gol-gol selebihnya daripada Dusan Tadic dan James Ward-Powse membuatkan Kapten Westam Mark Noble mengakui pihaknya boleh ditembusi lagi dengan enam gol. – AFP