Kemunculan Audi di layar perak

Kemunculan Audi di layar perak

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Bagi peminat Marvel yang tidak dapat menunggu untuk tarikh penayangan filem rasmi pada 28 April, Audi telahpun menawarkan tayangan sepintas lalu eksklusif kereta baru Audi SQ7.

Adiwira-adiwira dalam filem Marvel Captain America: Civil War memandu kereta Audi. Juga muncul buat pertama kalinya di Hollywood dalam siri ketiga filem tersebut adalahAudi Prologue, kereta yang dimiliki Black Panther/T Challa, dilakonkan oleh Chadwick Boseman. Menurut kenyataan dari TCY Audi Brunei, Robert Downey Jr, yang memegang watak Tony Stark/Iron Man, sekali lagi menggunakan Audi R8, kali ini sebagai V10 plus Coupe. Watak utama, Capten America dilakonkan oleh Chris Evans, memandu dalam Audi SQ7 baru.

“Captain America mempunyai kuasa hebat, ciri utamanya adalah perisai Vibranium yang tidak dapat dimusnahkan. Audi SQ7 menambah kuasa hebat baru kepada kumpulan senjatanya, menjadikan SUV sporty ini sesuai untuk beliau,” kata Anthony Russo yang dipetik sebagai berkata, yang mengarah filem itu bersama adiknya Joe Russo. Kenderaan lain dalam watak pembantu termasukAudi A4 Sedan dan Audi A7 Sportback.

Robert Downey Jr berada di Audi R8.
Robert Downey Jr berada di Audi R8.

“Captain America: Civil War adalah satu lagi strategi yang baik sesuai dengan jenama Audi,” kata Giovanni Perosino, Ketua Pemasaran Komunikasi AUDI AG yang dipetik sebagai berkata.

“Filem ini memaparkan teknologi futuristik dan sumber hebat lain, termasuk kenderaan Audi seperti prestasi baru daripada SUV Audi SQ7.

Wira legenda berkenaan, seperti model Audi, menunjukkan kepimpinan, prestasi tinggi dan keseronokan untuk peminat dan penonton filem di seluruh dunia.”

Selain daripada filem baru Marvel Captain America: Civil War, pengarah Anthony dan Joe Russo juga merakam satu video Audi eksklusif yang memaparkan babak kejar-mengejar yang ditunjukkan dalam filem dan Audi SQ7 baru.

Video itu boleh dilihat di Internet bermula pada 18 April di audi.com/MarvelCaptainAmerica sebelum pengeluaran filem tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA