Kemunculan Naruto khas untuk telefon pintar

Kemunculan Naruto khas untuk telefon pintar

LAMAN web rasmi Bandai Namco Entertainment telah mengeluarkan permainan video Naruto Shippuden yang terbaru bagi menghiburkan para pengguna telefon pintar untuk pasaran luar Jepun.

Siri permainan video terbaru Naruto itu berjudul Naruto Shippuden Ultimate Ninja Blazing ini tersedia untuk pengguna iOS dan Android yang dibangunkan oleh Pembina GREE iaitu game free to play di mana ia telah dikeluarkan di Jepun pada bulan Julai yang lalu.

Ia merupakan permainan video telefon pintar pertama bagi siri Naruto: Ultimate Ninja di mana para pemain perlu melengkapkan misi melalui pertempuran turn-based epik yang membolehkan pemain untuk memilih karakter kegemaran dari dunia Naruto yang mana setiap satunya memiliki serangan unik serta kemahiran yang tersendiri.

Naruto Shippuden Ultimate Ninja Blazing merupakan versi pertama dalam francais Naruto Shipudden yang dikeluarkan untuk aplikasi telefon pintar.
Naruto Shippuden Ultimate Ninja Blazing merupakan versi pertama dalam francais Naruto Shipudden yang dikeluarkan untuk aplikasi telefon pintar.

Para pemain juga boleh menggunakan kombo yang berkuasa, serangan dekat dan ciri ajaib Ninjutsu serta berusaha untuk mencabar diri dalam sama-sama mengatasi mod penceritaan permainan video.

Pada dasarnya kisah yang ditampilkan dalam permainan video ini adalah sama dengan siri anime yang asal dan ianya boleh dimainkan dalm mod single atau multiplayer.

Dengan acara leaderboard Phantom Castle bulanan, kemahiran setiap ninja boleh diuji dengan melawan pemain terbaik yang sedia ada.