Kemunculan te...

Kemunculan teknologi memperbaiki kehidupan OKU

NEVADA – Kemunculan beberapa teknologi baru sedikit sebanyak memberikan satu harapan baru kepada mereka yang kurang upaya dan memberikan mereka satu manfaat khususnya dari segi fizikal malah perkembangan teknologi baru ini turut membantu mereka yang cacat tubuh badan untuk memulakan sesuatu yang memberikan keselesaan kepada mereka. Baru-baru ini banyak sistem baru khususnya dalam bidang teknologi telah dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas dan pameran ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup bagi individu-individu yang kurang upaya.

Salah satu teknologi itu ialah ‘BrainRobotics’ yang mana bermula dan berpangkalan di Massachussetts dan telah menunjukkan prostesis yang boleh dikawal dengan kekuatan otot tubuh badan seseorang individu. Menurut pemaju teknologi tersebut, robot tangan ini mempunyai kecekapan yang lebih baik berbanding dengan beberapa peranti yang sama walaupun berbeza-beza jenis dan aplikasi.

Salah seorang doktor falsafah di Universiti Harvard, Bicheng Han yang telah mengasaskan kumpulan inovasi itu berkata bahawa matlamat mereka sebenarnya adalah untuk menyediakan prostesis yang hanya memakan belanja yang sangat rendah iaitu sekitar $3,000 daripada mana-mana alat teknologi yang memakan belanja sehingga puluhan ribu dolar untuk peranti yang serupa.

Seorang jurutera robotik, Kacper Puczydlowski berkata bahawa tangan itu akan dijual dan berada di pasaran pada tahun depan, 2018 malah inovasi tangan ini sebenarnya satu teknologi yang mudah dan senang untuk digunakan malah keupayaan tangan ini mampu menganalisis fungsi otot serta menggunakan algoritma pengelasan untuk fungsi tangan tertentu seperti menggenggam objek atau menuding jari. “Seorang individu yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus keupayaan kuasa otot akan dapat dilatih dan diajar dalam masa sebulan untuk menggunakan tangan ini semasa berada di rumah,” tambah Kacper kepada wartawan AFP.

Setelah sekian lama, kumpulan inovasi itu mahu menggunakan teknologi daripada syarikat sekutu mereka, BrainCo untuk memanfaatkan gelombang otak untuk berfungsi dengan lebih baik.

Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup bagi individu-individu yang kurang upaya. – AFP
Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup bagi individu-individu yang kurang upaya. – AFP
Menurut pemaju teknologi tersebut, robot tangan ini mempunyai kecekapan yang lebih baik berbanding dengan beberapa peranti yang sama walaupun berbeza-beza jenis dan aplikasi. – AFP
Menurut pemaju teknologi tersebut, robot tangan ini mempunyai kecekapan yang lebih baik berbanding dengan beberapa peranti yang sama walaupun berbeza-beza jenis dan aplikasi. – AFP

BrainCo sudah memasarkan satu teknologi ikat kepala yang membantu mengenal pasti corak gelombang otak bagi usaha meningkatkan fokus dan merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam penerimaan pembelajaran dan pendidikan (penerimaan pembelajaran yang sangat perlahan).

Satu visi ‘Artifisial’

Beberapa teknologi sedang dibangunkan bagi mereka yang mengalami cacat penglihatan. Salah satu inovasi teknologi yang dikenali sebagai Orcam yang berpangkalan di Israel telah menunjukkan beberapa peranti yang dikenali sebagai MyEye, satu sistem teknologi yang serupa seperti cermin mata dan ketika ini, teknologi itu dalam usaha dipasarkan oleh Perancis Eyewear, Essilor.

Teknologi peranti ini bertujuan untuk memberikan kebebasan yang lebih tinggi kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan malah alat peranti ini mempunyai kamera kecil dan akan mengeluarkan satu bunyi ke telinga pengguna.

Apa yang hebat mengenai peranti ini ialah keupayaan untuk membaca teks dan mengenal pasti beberapa objek di pasar-pasar raya. Syarikat itu telah ditubuhkan oleh Amnon Shashua dan Ziv Aviram yang juga merupakan pengasas firma auto tech Mobileye yang sedang proses membangunkan sistem untuk mengelakkan kemalangan dan juga kenderaan pandu sendiri.

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Denmark dan dikenali sebagai Oticon pula menunjukkan beberapa inovasi teknologi baru bagi membantu mereka yang mengalami kurang pendengaran dan berfungsi baik dengan beberapa objek di sekeliling pengguna serta sangat mudah untuk dihubungkan. Dengan menggunakan sambungan kuasa ‘Bluetooth’ tanpa wayar, alat ini akan berupaya untuk memberikan amaran kepada pengguna ke loceng pintu atau pengesan asap malah memberi informasi kepada pengguna bahawa kopi sudah siap untuk diminum.

Sementara itu, sebuah kumpulan dari Korea Selatan, Hyundai pula menunjukkan satu robot, Exoskeleton yang lebih dikenali sebagai H-MEX yang boleh menawarkan mobility kepada OKU.

Menurut Jurutera, Jung Kyungmo, mesin ini boleh memberikan satu kuasa untuk berdiri dan juga berjalan di atas tangga serta amat bermanfaat kepada mereka yang mengalami lumpuh anggota badan.

Mesin exoskeleton ini meliputi keseluruhan tulang belakang dan belakang kaki malah disertakan dengan penggunaan pinggang, paha dan lutut. Syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk memasarkannya kepada pengguna malah syarikat itu lebih menjurus dengan bekerjasama dengan beberapa buah rumah sakit dan para penyelidik bagi kegunaan para pesakit yang benar-benar memerlukannya.

Manakala, sebuah syarikat Startup yang berpangkalan di Perancis telah memperkenalkan Atlas Exoskeleton dan sangat bermanfaat kepada mereka yang mengalami sakit tulang belakang yang kronik dan pengasas mesin itu, Damien Bratic berkata bahawa mesin ini akan berada di pasaran untuk kemudahan orang ramai pada tahun 2017 atau 2018 dan syarikat itu berharap untuk dapat membangunkan lagi peranti yang sama untuk memberikan sokongan kepada mereka yang mempunyai kekurangan kuasa otot dan serviks. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA