Kemunculan video wartawan Jepun yang hilang

Kemunculan video wartawan Jepun yang hilang

TOKYO, 17 Mac (AFP) – Rakaman telah didedahkan yang memperlihatkan seorang wartawan Jepun yang dilaporkan hilang di Syria meminta bantuan Tokyo untuk mendapatkan pembebasannya. Kerajaan Jepun hari ini berkata ia sedang mengkaji video Jumpei Yasuda yang tidak kedengaran beritanya sejak pertengahan tahun lalu.

Video itu dihantar secara online oleh seorang lelaki Syria yang tinggal di Turki yang berkata Yasuda telah dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak Barisan Nusra yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Syria, lapor NHK dan surat khabar harian Asahi Shimbun.

Mereka merujuk kepada perbualan telefon dengan lelaki itu, meskipun tidak mendedahkan identiti lelaki itu.

Gambar fail bertarikh 20 April 2004 menunjukkan wartawan Jepun, Jumpei Yasuda, tiba di Lapangan Terbang Narita. – AFP
Gambar fail bertarikh 20 April 2004 menunjukkan wartawan Jepun, Jumpei Yasuda, tiba di Lapangan Terbang Narita. – AFP

TV Broadcaster Nippon juga mengatakan ia telah berhubung melalui telefon dengan seorang yang disifatkannya sebagai perunding bagi kumpulan itu dan kumpulan itu mahukan wang tebusan.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, jurucakap tertinggi kerajaan, berkata dia ‘tidak mengetahui’ tentang sebarang tuntutan wang tebusan. Spekulasi tersebar tentang Yasuda sejak laporan-laporan pertama kali muncul bahawa dia mungkin telah ditawan di Syria.

“Kami mengetahui tentang video itu dan sedang menganalisisnya.” Menteri Luar Jepun Fumio Kishida memberitahu para pemberita hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA