Kena $1,100 miliki rokok seludup

Kena $1,100 miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman denda $1,100 ke atas seorang lelaki warga China atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Bahar mengarahkan Li Peng, 32, untuk membayar denda atau berdepan sebulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh didapati memiliki dua karton dan 17 paket rokok ketika ditahan pada 10 April 2015 kira-kira jam 10:15 malam di Pos Kawalan Kuala Lurah.

Tertuduh memberitahu dia hanya ingin mengisytiharkan ‘minuman keras’ ketika ditanya oleh pegawai kastam namun pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta tertuduh menemui rokok-rokok disembunyikan di beberapa bahagian kereta.

ARTIKEL YANG SAMA