Kena $110,000 gara-gara rokok

Kena $110,000 gara-gara rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Mahkamah Majistret kelmarin menjatuhkan hukuman denda $110,000 ke atas seorang wanita tempatan bagi kesalahan memiliki 311 karton dan 166 paket rokok seludup.

Safiah binti Haji Jaidin, 47, dari Kampung Jangsak didakwa memiliki rokok-rokok itu dalam empat pertuduhan berasingan iaitu ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 19 Mac 2012 dan di gerai sayur-sayuran Kampung Jangsak, masing-masing pada 30 Julai 2013, 10 Julai 2014 dan 13 November 2014.

Pemangku Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengarahkan defendan untuk membayar $3,000 setiap bulan atau berdepan 20 bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA