Kena 3 tahun penjara atas tuduhan pecah masuk, curi

Kena 3 tahun penjara atas tuduhan pecah masuk, curi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160907_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, atas pertuduhan pecah masuk rumah dan curi.

Awangku Harni bin Pengiran Afendy, 29, mengaku bersalah kerana mencuri wang tunai, barang kemas, gergaji rantai, komputer riba, televisyen berserta alat kawalan jauh, Sony Playstation dan set perkakas antara September dan Oktober 2015, Mac 2016 dan Mei hingga Ogos 2016 di Daerah Tutong.

Tertuduh telah menjual barang yang dicuri tersebut, dan hasilnya digunakan untuk kegunaan sendiri dan membeli susu serta lampin pakai buang anaknya.

ARTIKEL YANG SAMA