Kena 5 bulan kerana tinggal melebihi tempoh

Kena 5 bulan kerana tinggal melebihi tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki warga Bangladesh yang berdepan kesalahan tinggal melebihi tempoh di Brunei Darussalam.

Billal Hossain, 31, berdepan dakwaan tinggal di negara ini selepas pas melawat yang diberikan oleh pihak imigresen mansuh pada sekitar Mac 2013.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 di mana mereka yang tinggal melebihi tempoh 90 hari, akan disabit penjara tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun serta tidak kurang daripada tiga kali sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA