Kena $5,000 gagal bayar cukai

Kena $5,000 gagal bayar cukai

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161114_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhi denda $5,000 ke atas sebuah syarikat atas pertuduhan gagal mengemukakan cukai pendapatan tahunannya ke Bahagian Pendapatan, Kementerian Kewangan.

Wakil dari Mecatronic Technology Sdn Bhd mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kerana gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikat yang berakhir pada 31 Disember 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas.

ARTIKEL YANG SAMA