Kena 6 tahun kerana 12 kali mencuri

Kena 6 tahun kerana 12 kali mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Mahkamah Perantaraan, hari ini, menjatuhi hukuman penjara selama enam tahun enam bulan dan lima sebatan ke atas seorang lelaki tempatan yang berdepan dengan 12 pertuduhan mencuri dan merosakkan harta benda.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Zul-Eqram bin Haji Asmad, 33, dan berkuat kuasa pada hari dia ditahan reman.

pg06_151007_mahkamah logo

Tertuduh didakwa melakukan jenayah curi dan merosakkan harta benda di beberapa rumah di Perpindahan Kampung Rimba, Kampung Anggerak Desa, Kampung Kiulap, Kampung Salambigar, Jalan Berakas, di stesen pam elektrik utama di Jalan Kebangsaan, sub-stesen di Beribi dan stesen kuasa elektrik di Jalan Muara-Tutong, Tertuduh didapati bersalah mencuri barang kemas bernilai $20,000 dan wang tunai $10,000; televisyen; set Astro; pemain video; pencetak; tempat duduk anak damit, kasut Vincci; busbar; kabel bumi; plat tembaga; kabel elektrik dan meter air.

Kesemua kesalahan dilakukan antara 16 Jun 2012 hingga 5 September 2013.

Pendakwaan dilakukan oleh Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff.

ARTIKEL YANG SAMA