Kena $7,500 gagal kemukakan penyata

Kena $7,500 gagal kemukakan penyata

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Mahkamah Majistret di sini menjatuhi denda $7,500 terhadap sebuah syarikat yang didapati gagal mengemukakan penyata tahunannya ke Bahagian Pendapatan, Kementerian Kewangan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan denda itu ke atas Multitech Sdn Bhd selepas wakil syarikat mengaku salah atas lima pertuduhan.

Syarikat tersebut didapati gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Di bawah S2 Akta Pendapatan Cukai (Bab 35), syarikat dikehendaki untuk melengkapkan butiran pendapatan pulangan bagi maksud menentukan pendapatan dan gagal berbuat demikian merupakan kesalahan di bawah Seksyen 78(1)(a) Akta Cukai Pendapatan, Bab 35 yang memperuntukkan denda $10,000 dan gagal membayar ialah 12 bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA