Kena denda $15,500

Kena denda $15,500

Oleh Rafidah Jumat

pg06_160610_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $15,500 ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah kerana memiliki rokok dan sayap ayam yang tidak mendapat permit daripada pihak kastam.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan Awang Maini bin Ahmat, 40, dari Kampung Limau Manis untuk membayar denda tersebut dalam tempoh satu bulan, dan jika gagal akan berdepan hukuman 13 bulan penjara.

Defendan menghadapi pertuduhan memiliki 41 karton rokok dan dua kilogram sayap ayam di dalam keretanya ketika ditahan pegawai pemeriksa kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 5 Jun 2016.

Rokok-rokok dan sayap ayam yang tidak diisytiharkan itu ditemui di beberapa bahagian kereta yang dipandu defendan.

Awang Maini mendakwa kesemua rokok itu milik rakannya yang merupakan warga Filipina, yang telah memintanya untuk membeli rokok itu di Limbang manakala sayap ayam pula miliknya.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah, duti eksais untuk kesemua rokok itu ialah $1,960 manakala anggaran nilai bagi sayap ayam di pasaran Brunei ialah $56.

ARTIKEL YANG SAMA