Kena denda $6,000 miliki rokok seludup

Kena denda $6,000 miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $6,000 ke atas seorang lelaki warga Malaysia selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki rokok seludup.

Khu Tze Peng, 27, mengaku bersalah memiliki 15 karton rokok di dalam keretanya ketika ditahan oleh pegawai pemeriksa kastam di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah kira-kira 8:45 malam pada 1 Julai 2015.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Fakta kes menyebut, tertuduh mengaku membeli rokok-rokok itu di Limbang pada harga B$140 untuk kegunaan sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA