Kena denda bawa masuk rokok tanpa cukai

Kena denda bawa masuk rokok tanpa cukai

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Seorang lelaki penduduk tetap dijatuhi denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan membawa masuk rokok tanpa membayar cukai.

Ambotang bin Palatuwi, 55, berdepan dakwaan membawa masuk lima karton rokok yang ditemui di dalam beg galas ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pemeriksa kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 5 Mac 2016 sekitar jam 11:40 malam.

Dia mengaku membeli rokok-rokok itu di kedai bebas cukai di Singapura pada harga $34 untuk satu karton.

Pegawai Pendakwa Kastam memberitahu mahkamah cukai yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk rokok-rokok yang dibawanya masuk ke negara ini ialah $250.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman bagaimanapun membenarkan defendan membayar denda itu secara ansuran iaitu $150 setiap bulan hingga habis.

pg06_160323_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA