Kena denda milik rokok tanpa permit

Kena denda milik rokok tanpa permit

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $1,400 ke atas seorang wanita tempatan selepas mengaku bersalah memiliki rokok tanpa permit.

Aiasah binti Haji Mohammed/Mohammad, 41, didakwa memiliki empat karton rokok di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 7 Mac 2015 kira-kira jam 12:30 tengah hari.

Kertas pertuduhan menyebut, defendan dari STKRJ Tanah Jambu Bukit Sebanging ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas sebaik kereta yang dipandunya bersama seorang penumpang melalui pos kawalan kastam dari Limbang.

Defendan hanya memberitahu dia membawa ‘barangan makanan’ namun pemeriksaan menyeluruh mendapati rokok-rokok disembunyikan di dalam beg yang diletakkan pada lapik kaki penumpang depan.

mahkamah

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu di Limbang pada harga $31 wang Brunei.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain membenarkan defendan untuk membayar $100 setiap bulan bermula hujung Oktober ini, dan jika gagal akan berdepan dua bulan penjara.