Kenaikan dolar bimbangi China

Kenaikan dolar bimbangi China

TOKYO, 20 Okt – Dolar meningkat berbanding mata wang membangun hari ini disebabkan kebimbangan baru mengenai satu kemelesetan dalam ekonomi global dan komen daripada seorang pegawai kanan Simpanan Persekutuan yang mencadangkan satu kenaikan kadar faedah AS mungkin akan diadakan pada tahun ini.

Angka rasmi China semalam menunjukkan ekonomi nombor dua dunia itu bertumbuh pada kadar paling perlahannya dalam enam tahun dalam tempoh Julai-September, walaupun lebih cepat daripada dijangka.

Sementara tidak seteruk seperti yang diramalkan, angka tersebut membantu menyemai keraguan di lantai perdagangan dewan niaga, menjejas keyakinan yang telah membantu aset berisiko lebih tinggi seperti pemulihan mata wang Indonesia rupiah dan ringgit Malaysia pada bulan ini.

Penganalisis mengingatkan pemerolehan baru-baru ini didorong oleh harapan perangsang baru dari China dan penangguhan kenaikan kadar AS mungkin pulih sendiri.

Matthew Sherwood, ketua strategi pelaburan di Perpetual Ltd di Sydney, berkata dalam e-mel kepada pelanggan: “Pemulihan tiga minggu sedang mencecah tahap keletihan.”

“Soalan utama untuk pelabur adalah berapa banyak pertumbuhan boleh meningkat pada suku Disember dan adakah lebih banyak perangsang dasar akan dilaksanakan. Jawapan kepada kedua-dua soalan adalah tidak banyak,” kata beliau.

Kebimbangan baru mengenai prospek global telah mendesak pelabur membeli mata wang dengan keuntungan lebih rendah dan kurang berisiko seperti dolar dan yen.

Dolar menerima sokongan tambahan selepas presiden Bank Simpanan Persekutuan San Francsico John Williams berkata bank pusat hampir-hampir mencapai mandat harga stabil dan pekerjaan maksimum dan harus menambah kos pinjaman “pada masa akan datang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA