Kenaikan harga minyak Asia terhenti

Kenaikan harga minyak Asia terhenti

SINGAPURA, 1 Feb – Harga minyak menghentikan kenaikannya di Asia hari ini, terjejas oleh pengukuhan mata wang AS yang menjadikan komoditi dalam harga dolar lebih mahal.

Dolar meningkat selepas bank pusat Jepun mengejutkan pasaran pada Jumaat dengan satu keputusan untuk mengamalkan dasar kadar faedah di bawah sifar dalam usaha untuk merangsang pinjaman bank dan menambah inflasi.

Ketua Bank Jepun Haruhiko Kuroda memetik krisis pasaran kewangan baru-baru ini dan kemelesetan China kerana membawa kadar -0.1 peratus ke atas rizab baru, dan berkata bank mungkin merosot seterusnya.

Pada 0620 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran Mac merosot 51 sen, atau 1.52 peratus, kepada $33.11.

Minyak mentah Brent untuk April, kontrak baru, diniagakan 59 sen, atau 1.64 peratus, lebih rendah pada $35.40 setong.

Kontrak Mac berakhir pada Jumaat di bawah skim baru di mana Brent kini luput tempohnya pada akhir setiap bulan dan bukannya setiap 15 hari bulan.

“Minyak telah menghentikan momentum positifnya dan sebab utama datang daripada dolar yang kukuh berdasarkan keputusan kadar faedah negatif oleh Jepun,” kata penganalisis Phillip Futires Daniel Ang.

Memandangkan minyak diniagakan dalam dolar, satu kenaikan dalam dolar akan menjadikan minyak mentah lebih mahal untuk pemegang unit yang lebih lemah, sekali gus menjejas permintaan dan harga.

Harga minyak naik lebih tinggi pada minggu lalu untuk mengakhiri bulan Januari yang tidak terkawal di mana harga merosot kepada tahap rendah 12-tahun ketika menghadapi bekalan berlebihan global.

Spekulasi mengatakan Rusia dan Persatuan Negara Pengeksport Petroleum akan bertemu untuk membincang pemotongan pengeluaran minyak untuk menaikkan harga menyokong sentimen pada minggu lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA