Kenali budaya Pakistan

Kenali budaya Pakistan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Orang ramai berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya dan pelancongan Republik Islam Pakistan pada Minggu Kebudayaan dan Pelancongan yang berlangsung di Bilik Teater, Pejabat Daerah Brunei dan Muara bermula hari ini hingga 11 September.

Pelancaran acara anjuran Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam itu disempurnakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey menjelaskan, antara lain tujuan acara berkenaan adalah untuk mempromosi kebudayaan dan pelancongan negara itu kepada rakyat dan penduduk di Brunei.

“Dengan adanya minggu seumpama ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai kebudayaan di samping keunikan makanan yang terdapat di Pakistan,” tambahnya.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali melancarkan Minggu Kebudayaan dan Pelancongan Republik Islam Pakistan anjuran Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali melancarkan Minggu Kebudayaan dan Pelancongan Republik Islam Pakistan anjuran Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat ketika menyaksikan pameran kebudayaan dan pelancongan Republik Islam Pakistan.
Tetamu kehormat ketika menyaksikan pameran kebudayaan dan pelancongan Republik Islam Pakistan.
Antara yang menyertai pameran itu.
Antara yang menyertai pameran itu.
Pelbagai barangan yang dipamerkan di Minggu Kebudayaan dan Pelancongan Republik Islam Pakistan.
Pelbagai barangan yang dipamerkan di Minggu Kebudayaan dan Pelancongan Republik Islam Pakistan.

Di majlis itu, Yang Berhormat Dato dan datin berpeluang menyaksikan pameran mini mengenai kebudayaan termasuk pakaian tradisional, permainan dan juga permaidani hasil sulaman tangan dari negara itu yang dipamerkan sepanjang acara itu berlangsung.

Di samping mempromosi budaya kepada pengunjung, orang ramai yang datang juga berpeluang membeli makanan dan pakaian dari negara itu yang turut dijual sepanjang minggu tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang berkunjung ke Minggu Kebudayaan dan Pelancongan Republik Islam Pakistan yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

ARTIKEL YANG SAMA