Kenali fungsi Bahagian Industri Agrimakanan

Kenali fungsi Bahagian Industri Agrimakanan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Sept – Bagi mem-berigakan peranan dan fungsi Bahagian Industri Agrimakanan serta perkhid-matan yang disediakan oleh unit-unit di bawahnya, jerayawara bagi pengusaha-pengusaha agrimakanan Daerah Belait telah diadakan di Dewan Taman Persiaran, di sini, hari ini.

Jerayawara kendalian Jabatan Per-tanian dan Agrimakanan melalui Bahagian Industri Agrimakanan itu merupakan salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai bahagian berkenaan kepada pengusaha-peng-usaha tempatan dan juga orang ramai.

Acara tersebut telah dimuatkan dengan taklimat Bahagian Industri Agri-makanan yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Industri Agrimakanan, Hajah Siti Raihani binti Haji Abdul Hamid.

Selain itu, taklimat mengenai Unit Pembangunan Produk Agrimakanan, Unit Perkhidmatan Makmal Kimia Makanan, Unit Perkhidmatan Makmal Mikrobiologi Makanan dan Unit Statistik dan Kemajuan Agrimakanan turut disampaikan oleh wakil setiap unit berkenaan.

Taklimat disampaikan oleh ketua bahagian di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Bahagian Industri Agrimakanan.
Taklimat disampaikan oleh ketua bahagian di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Bahagian Industri Agrimakanan.

Manakala itu, taklimat mengenai Skim Insentif Pertanian dan Agrimakanan-Bahan Pembungkusan dan Pelabelan Makanan dan mengenai pengisian maklumat syarikat tempatan ke dalam sistem khas ‘Local Business and Employment Development’ disampaikan oleh Dayang Nurul Ehra Hayati binti Haji Mohd Hussin.

Taklimat turut menjelaskan menge-nai beberapa perubahan tatacara dan prosedur bagi perkhidmatan-perkhid-matan yang disediakan.

Semasa majlis itu juga, pendaftaran juga dibukakan kepada para pengusaha makanan dan minuman yang belum berdaftar dengan mengisikan borang.

ARTIKEL YANG SAMA