Kenali herba tempatan

Kenali herba tempatan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Seramai 34 orang ahli Biro Wanita dan Muslimah Masjid Kampung Birau, Mukim Kiudang, hari ini, mengadakan lawatan ke Taman Rekreasi Herba Kampung Putat.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Biro Wanita Kampung Birau, Hajah Zainah Layeh itu dialu-alukan oleh Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim yang turut menyampaikan taklimat.

Dalam lawatan itu, rombongan berpeluang menyaksikan sendiri penghasilan produk kampung dan meninjau Taman Rekreasi Herba Kampung Putat, diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada warga emas dan orang kurang berkemampuan.

Gambar ramai ahli Biro Wanita dan Muslimah Masjid Kampung Birau ketika lawatan ke Kampung Putat.
Gambar ramai ahli Biro Wanita dan Muslimah Masjid Kampung Birau ketika lawatan ke Kampung Putat.
Penyampaian sumbangan kepada warga emas.
Penyampaian sumbangan kepada warga emas.

Menurut Hajah Zainah, lawatan antara lain bertujuan untuk melihat secara lebih dekat penghasilan produk tradisional di kampung berkenaan, sekali gus mengenal herba yang terdapat di sana.

Sebelum pulang, rombongan turut berkesempatan meninjau pameran dan jualan oleh penduduk kampung yang terlibat dalam majlis itu di sini.

ARTIKEL YANG SAMA