Kenali Jabatan Daerah Brunei dan Muara

Kenali Jabatan Daerah Brunei dan Muara

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Seramai 54 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam yang mengikuti Modul PB2309 Warisan Budaya Kampong Ayer, telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini, di sini.

Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah/Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Brunei, Dr. Haji Tassim bin Haji Abu Bakar dan dialu-alukan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Dalam lawatan tersebut, Awang Misle memberikan taklimat ringkas mengenai tugas dan peranan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di samping memberikan fokus kepada peranan Bahagian Institusi Mukim dan Kampung dan Bahagian Kampong Ayer.

Gambar ramai para rombongan daripada Akademi Pengajian Brunei, UBD bersama para pegawai Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Gambar ramai para rombongan daripada Akademi Pengajian Brunei, UBD bersama para pegawai Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Taklimat ringkas yang disampaikan oleh para pegawai dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Taklimat ringkas yang disampaikan oleh para pegawai dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Mahasiswa dan mahasiswi Akademi Pengajian Brunei, UBD yang mengikuti lawatan tersebut.
Mahasiswa dan mahasiswi Akademi Pengajian Brunei, UBD yang mengikuti lawatan tersebut.

Menurut kenyataan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, lawatan tersebut juga sebagai pendedahan lebih mendalam kepada mahasiswa dan mahasiswi terhadap jurusan mereka supaya akan lebih peka akan keadaan semasa.

Lawatan diakhiri dengan sesi perbincangan dan soal jawab daripada pensyarah dan rombongan mahasiswa dan mahasiswi.

ARTIKEL YANG SAMA