Kenali kebudayaan etnik Tutong

Kenali kebudayaan etnik Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Nov – Seramai 20 orang ahli Kumpulan Isteri-Isteri Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli-ahli bersekutu telah mengadakan kunjungan lawatan ke Taman Rekreasi Sungai Basong bersempena Hari Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong, kelmarin.

Kunjungan tersebut diketuai oleh isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad.

Lawatan tersebut merupakan yang kedua ke Daerah Tutong selepas yang pertama pada 23 Mei 2015.

Ia antara lain bertujuan bagi sama-sama mendokong acara Hari Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Etnik Daerah Tutong, sekali gus melihat lebih dekat suasana dan cara hidup masa silam setiap puak dan masyarakat melalui rumah budaya masing-masing.

Persatuan Isteri-Isteri Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, dan ahli-ahli bersekutu telah mengadakan kunjungan lawatan ke Taman Rekreasi Sungai Basong, kelmarin.
Persatuan Isteri-Isteri Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, dan ahli-ahli bersekutu telah mengadakan kunjungan lawatan ke Taman Rekreasi Sungai Basong, kelmarin.
Melihat dan merasakan sendiri kuih-muih tradisi.
Melihat dan merasakan sendiri kuih-muih tradisi.

Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong serta ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Tutong.

Program lawatan dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai dan seterusnya melawat ke rumah-rumah budaya Warisan Etnik Tutong.

Ahli rombongan turut menyaksikan persembahan kebudayaan puak-puak dan demonstrasi produk herba serta jualan produk kampung 1Kampung 1Produk (1K1P) yang turut dipamerkan di sana.

ARTIKEL YANG SAMA