Kenali kerjaya bidang perundangan

Kenali kerjaya bidang perundangan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Dengan hasrat untuk mendedahkan mengenai kerjaya dalam bidang perundangan khususnya bagi pelajar-pelajar jurusan perundangan, Pejabat Peguam Negara mengadakan Hari Terbuka Pejabat Peguam Negara 2015 dan Pelancaran Buku Laporan Pejabat Peguam Negara 2013-2015 yang berlangsung di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Anak Saleha, hari ini.

Berangkat dan berkenan menyempurnakan pelancaran buku laporan berkenaan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh, pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara serta penuntut-penuntut yang mengambil jurusan perundangan di dalam dan luar negeri.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hari Terbuka berkenaan, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi dalam kata alu-aluannya menjelaskan bahawa acara itu dihasratkan untuk memberikan pendedahan dan peluang kepada penuntut-penuntut jurusan perundangan untuk mengenali mengenai peranan dan tugas Pejabat Peguam Negara serta kerjaya dalam bidang perundangan.

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Yang Teramat Mulia berkenan menerima sembah taklimat dan melawat pameran Hari Terbuka Pejabat Peguam Negara 2015.
Yang Teramat Mulia berkenan menerima sembah taklimat dan melawat pameran Hari Terbuka Pejabat Peguam Negara 2015.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
Di antara yang menghadiri majlis berkenaan.
Di antara yang menghadiri majlis berkenaan.

Acara kemuncak majlis berkenaan ialah Pelancaran Buku Laporan Pejabat Peguam Negara 2013-2015 yang berkenan disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah.

Buku laporan itu adalah untuk melaporkan acara-acara yang dikendalikan dan yang berlaku bagi tempoh Jun 2013 hingga Jun 2015.

Yang Teramat Mulia turut berkenan untuk menerima sembah taklimat dan menyaksikan pameran daripada setiap bahagian pejabat, Pejabat Peguam Negara.

Hari terbuka itu merupakan inisiatif Pejabat Peguam Negara untuk menggalakkan para penuntut jurusan perundangan bagi mempertimbangkan menyertai pejabat berkenaan sebagai pilihan kerjaya mereka.

Dengan pendedahan yang diberikan mengenai pelbagai tugas yang dilaksanakan oleh pejabat berkenaan, khususnya melalui sesi taklimat dan pameran, ia akan menjadi atau memberikan inspirasi kepada penuntut-penuntut jurusan perundangan dan mereka yang bercita-cita untuk mengambil jurusan perundangan untuk menyertai Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA