Kenali lebih dekat JPMC

Kenali lebih dekat JPMC

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Seramai 25 orang pelajar daripada Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah baru-baru ini mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).

Hadir mengalu-alukan kedatangan rombongan tersebut ialah Pengarah Kejururawatan JPMC, Chung Yea Fui yang turut menyampaikan penerangan ringkas tentang gambaran keseluruhan perkhidmatan-perkhidmatan dan juga pengurusan kejururawatan dan struktur di JPMC.

Para pelajar juga dibawa melawat sekitar JPMC, ke beberapa buah wad, Bahagian Pemulihan dan Bahagian Pesakit Luar. Sementara itu, pada hari berikutnya, Profesor terkemuka dari United Kingdom Tar Ching Aw (Emminent Visiting Professor (EVP) juga mengadakan lawatan ke pusat perubatan tersebut.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Dr Nik Anni Afiqah binti Haji Mohd Tuah dan Dr Sharimah dari Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Hadir bagi memberikan penerangan keseluruhan mengenai JPMC disampaikan oleh Ketua Jabatan Pemasaran, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin yang memperlihatkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di JPMC.

Gambar ramai rombongan Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah  yang melawat JPMC.
Gambar ramai rombongan Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah yang melawat JPMC.

Sementara itu, Pegawai Kanan Perubatan JPMC, Dr. Nayake Balalla pula menerangkan mengenai Unit Kesihatan Pekerjaan dan perkhidmatannya yang kemudian diteruskan oleh Pegawai Keselamatan dan Persekitaran, Haji Saiful bin Haji Hassan yang bercakap tentang prosedur kesihatan dan keselamatan di JPMC. Selain itu, Profesor Tar Ching Aw juga dibawa melawat pusat perubatan itu, dengan melawati Bahagian Pesakit Luar, Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Makmal dan Bahagian Diagnostik serta Digital Imaging.