Kenali lebih mendalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kenali lebih mendalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Bagi mendekatkan diri dan mengenali lebih mendalam mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kementerian Pertahanan petang tadi telah mengadakan forum bersempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1438 yang berlangsung di Dewan Bridex, Jerudong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat di forum tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah angkatan tentera, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah, komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Forum tersebut menampilkan ahli-ahli panel jemputan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) iaitu Pengarah Pusat Ilmu Teras KUPU SB, Dr. Awang Haji Noralizam bin Haji Aliakbar; Pensyarah Kunjungan Pusat Ilmu Teras, Dr. Harapandi Dahri dan Pensyarah Kunjungan Fakulti Syariah, Dr. Abdul Rauf bin Mohd Amin.

Datin Paduka Hajah Suriyah berserta tetamu lain yang menghadiri forum tersebut.
Datin Paduka Hajah Suriyah berserta tetamu lain yang menghadiri forum tersebut.

Forum antara lain membincangkan mengenai konsep akidah, peranan dan kepentingannya yang disampaikan oleh Dr. Harapandi Dahri. Sementara Dr. Abdul Rauf menjelaskan mengenai siapakah Kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ciri-ciri akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala Dr. Awang Haji Noralizam pula membincangkan mengenai langkah-langkah mengenal dan cara-cara menerapkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain forum, mini pameran juga disediakan oleh Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

ARTIKEL YANG SAMA