‘Kenali Makanan Kitani’

‘Kenali Makanan Kitani’

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Restoran Seasons yang terletak di Hotel Centrepoint, Gadong, kini menawarkan promosi bufet terbarunya, ‘Kenali Makanan Kitani’ yang bermula pada hari ini sehingga 29 Oktober.

Bufet makan malam ini boleh didapati setiap malam hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, bermula jam 7 malam sehingga 10 malam.

Promosi terbaru ini yang membawa konsep hidangan makanan tempatan Brunei seperti ambuyat, soto Brunei, sup tulang sapi, kambing panggang, ikan tenggiri panggang sambal asam kasturi dan banyak lagi.

Bufet ini juga menampilkan Tulang Kari Kedayan, udang sambal, ikan Liking, ketam masak lemak pucuk ubi, gulai urat daging, kupang masak merah, ayam salai dan sate.

Promosi bufet ‘Kenali Makanan Kitani’ yang boleh dinikmati di Restoran Seasons bermula kelmarin.
Promosi bufet ‘Kenali Makanan Kitani’ yang boleh dinikmati di Restoran Seasons bermula kelmarin.

p10-2_20160930

Di samping hidangan utama, bufet ini turut menyediakan hidangan pencuci mulut tradisi seperti Wajid, Putri Mandi, Kuih Kusoi, Calurut, Penyeram, Kueh Lenggang dan Kuih Keria.

Selain bufet makan malam, promosi ini juga menawarkan bufet minum petang yang bermula esok sehingga 30 Oktober, setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula jam 2:30 petang hingga 5:30 petang.

Sepanjang promosi itu, para pemegang kad RBC Dining Privilege akan menerima potongan diskaun 10 peratus apabila menunjukkan kad keahlian mereka.

ARTIKEL YANG SAMA