Kenali penyakit untut

Kenali penyakit untut

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Sept – Tiga daerah di negara ini, Daerah Temburong, Tutong dan Belait masih menghadapi endemik filariasis atau lebih dikenali sebagai penyakit untut yang boleh menyebabkan kecacatan anggota kepada penghidapnya.

Sejumlah 22 kes dilaporkan di Kuala Belait, Temburong mencatatkan sembilan kes manakala Tutong merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 569 kes manakala Daerah Brunei Muara mencatatkan 15 kes penyakit yang juga dikenali sebagai Filaria Limfatik itu.

Pegawai Kesihatan Awam dari Pejabat Ke-sihatan Kuala Belait, Dayang Hajah Norlelawati binti Haji Johari mendedahkan statistik penyakit itu dalam Taklimat Program Mass Drug Admi-nistration (MDA) bagi Menghapuskan Penyakit Filaria Limfatik Kebangsaan hari ini di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.

Menurutnya lagi, Mukim Lamunin merupa-kan mukim yang paling banyak mencatatkan penyakit itu dengan sejumlah 2.8 peratus daripada penduduknya terjejas kesihatan mereka.

Antara yang menghadiri taklimat tersebut.
Antara yang menghadiri taklimat tersebut.

Untuk itu, bermula 1 Oktober hingga peng-hujung November kelak, program jerayawara penghapusan penyakit itu akan diadakan setiap Jumaat di Mukim Labi, Bukit Sawat dan Melilas bagi memberigakan lagi mengenai bahaya penyakit itu.

“Selain itu, jerayawara akan dilaratkan dengan kunjungan ke rumah-rumah penduduk di mukim berkenan pada sebelah petang selepas waktu bekerja sehingga jam 9:30 malam dan kami berharap penduduk akan hadir menyertainya,” kata Hajah Norlelawati lagi. Taklimat anjuran bersama Jabatan Daerah Belait dan Pejabat Kesihatan Kuala Belait itu antara lain turut menerangkan latar belakang penyakit untut, status penyakit itu di negara ini, program penghapusan, Drug Coverage Survey dan peranan individu serta masyarakat bagi menanganinya.

Ia dihadiri 50 orang penghulu dan ketua-ketua kampung serta ketua-ketua pejabat Daerah Belait yang dihasratkan dapat me-nyebarkan mengenai Program Penghapusan Kebangsaan Penyakit Untut kepada anak-anak buah kampung dan mukim mereka.

ARTIKEL YANG SAMA