Kenali tempat-tempat bersejarah

Kenali tempat-tempat bersejarah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar Oleh MTSSR

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Seramai 45 orang pelajar daripada Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR), hari ini, telah membuat lawatan ke Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Maritim Brunei, di sini.

Rombongan tersebut merangkumi pelajar yang mengambil jurusan Diploma Sains Perpustakaan dan Maklumat, di bawah Pusat Pengajian Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan disertai oleh lima orang pegawai pendidikan di sepanjang lawatan mereka.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar melihat sendiri pameran-pameran artifak sejarah awal kesultanan Brunei dan mempelajari tempat-tempat bersejarah di negara ini.

Rombongan bergambar ramai ketika membuat lawatan ke Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Maritim Brunei.
Rombongan bergambar ramai ketika membuat lawatan ke Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Maritim Brunei.