Kenang anggota yang telah pergi

Kenang anggota yang telah pergi

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, mengadakan Majlis Membaca Rattib Al-Attas dan Bertahlil serta Membaca Doa Arwah bagi dua anggotanya yang telah kembali ke rahmatullah yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Turut serta hadir ke majlis keagamaan berkenaan ialah para pegawai kanan dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan Rattib Al-Attas, Bertahlil dan membaca Doa Arwah bagi Allahyarham Sjn 3482 Haji Sofandi bin Haji Ahmad dan Allahyarham Lcpl 4312 Azmi bin Damit, yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Tetamu kehormat menyampaikan derma kepada keluarga Allahyarham.
Tetamu kehormat menyampaikan derma kepada keluarga Allahyarham.

Majlis juga diserikan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta solat fardu Asar berjemaah. Terdahulu, majlis menyaksikan penyampaian derma dan insurans kepada keluarga Allahyarham yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Pasukan Polis Diraja Brunei sangat mengambil berat akan kebajikan anggotanya dengan mengadakan aktiviti keagamaan dan berkebajikan yang seumpama ini serta menghargai sumbangan anggotanya sepanjang berkhidmat dalam pasukan ataupun yang telah bersara.

ARTIKEL YANG SAMA