Kenang jasa orang terdahulu

Kenang jasa orang terdahulu

Disembahkan tahniah dan junjung kasih di atas pemilihan dan lantikan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD).

Ini adalah bertepatan kerana mengenang jasa atas usaha dan kegigihan Duli Yang Teramat Mulia maka sukan bola sepak negara dapat bernafas semula serta dapat kembali beraksi di dalam dan luar negeri sejak tahun 2012.

Atas sumbangan Duli Yang Teramat Mulia jugalah badan induk bola sepak Brunei Darussalam atas nama NFABD ditubuhkan semula setelah badan asal iaitu BAFA dibatalkan pendaftarannya.

Walau bagaimanapun jawatan Timbalan Presiden NFABD atas sebab-sebab tertentu dikosongkan dan akan dipilih dalam Kongres Luar Biasa (EOC) pada tahun hadapan.

Duli Yang Teramat Mulia juga sejak dipilih selaku Presiden NFABD kira-kira dua tahun yang lalu telah banyak memajukan dan mengembangkan sukan bola sepak tanah air.

Daripada segi kemudahan, yang paling ketara dan berjaya ialah pembinaan padang bola sepak ‘astroturf’ bertaraf antarabangsa dan yang pertama dibina di Brunei. Mengenai padang bola ini yang mana boleh digunakan oleh orang ramai dengan bayaran $100 selama tiga jam, adalah diharapkan bahawa bayaran bagi pasukan-pasukan bola sepak yang bergabung dengan NFABD dikurangkan dengan hanya dikenakan $60 sahaja.

Ini kerana mereka ini merupakan tonggak kepada kemajuan dan kejayaan kejohanan bola sepak Liga Super dan Liga Perdana DST. Tanpa adanya mereka maka tidaklah wujud liga kebangsaan ini.

Seperkara lagi haruslah diingat bahawa projek ‘Matlamat FIFA’ hingga terbinanya NFABD House dan juga kemudahan-kemudahan yang lain yang telah siap dan masih dalam rancangan dengan bantuan FIFA yang akan dinikmati oleh semua pihak-pihak berkepentingan dalam bola sepak juga hasil usaha dan inisiatif oleh orang terdahulu (ex BAFA).

Maka itu, adalah wajar juga jasa-jasa mereka itu turut dikenang. Bak kata pepatah Inggeris ‘ROME IS NOT BUILT IN ONE DAY.’

Awang Kenang Daku Dalam Doa Mu, BSB

ARTIKEL YANG SAMA