Kenang jasa perkhidmatan

Kenang jasa perkhidmatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) hari ini telah mengadakan Majlis Mengenang jasa bagi 10 orang pegawai, guru-guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di sekolah tersebut yang juga diteruskan dengan doa selamat sebelum menunaikan Fardu Haji dan Sambutan Hari Raya Bersama.

Majlis tersebut diadakan adalah bagi tujuan memberikan penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang telah mereka curahkan kepada SMALHB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Badan Agama dan Akhlak 2015/2016, Haji Muhd Waez bin Haji Ramlee. Acara diteruskan dengan ucapan Pemangku Pengetua, Hajah Norjainah binti Hj Buntar dan diikuti dengan ucapan daripada Yang Dipertua Penuntut 2015/2016, Mohd Rohaidi bin Johaidi. Seterusnya ucapan wakil guru yang diraikan iaitu Dayang Rafidah binti Haji Rashid dan Mohd Yussof Sani.

Seterusnya diteruskan dengan penyerahan cenderahati penghargaan kepada pegawai, guru-guru dan kakitangan yang diraikan dan cenderahati kepada pegawai yang akan menunaikan fardu haji. Sijil penghargaan juga disampaikan kepada 4 orang mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Mesir dan United Kingdom yang menjalani penempatan sementara di sekolah tersebut.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Dikir Barat, Nasyid Mengenang Jasa dan tayangan video penghargaan bagi pegawai, guru dan kakitangan yang diraikan. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman.

Pemangku Pengetua (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pegawai yang akan  menunaikan Fardu Haji.
Pemangku Pengetua (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pegawai yang akan
menunaikan Fardu Haji.
Persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar lelaki SMALHB.
Persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar lelaki SMALHB.
Persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar perempuan SMALHB.
Persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar perempuan SMALHB.

ARTIKEL YANG SAMA