Kenang tempat dirawat

Kenang tempat dirawat

MIAMI, 23 Mei (AP) – Seorang wanita Haiti yang menarik perhatian meluas media 10 tahun lalu bagi ketumbuhan rambut di muka seberat 16 paun, mengatakan kini dia mahu bekerja sebagai wartawan juga.

The Miami Herald melaporkan bahawa Marlie Casseus baru-baru ini kembali ke Hospital Memorial Jackson bersama 150 jururawat Haiti untuk meraikan Minggu Jururawat Kebangsaan.

Casseus kini berusia 23 tahun dan bercakap melalui seorang penterjemah, dia mengatakan dia mahu menyertai wartawan yang menulis mengenai perjalanan perubatannya.

Casseus mempunya gangguan ganjil yang mengakibatkan tulang membengkak dan menjadi seperti jeli. Doktor membina semula wajahnya selepas mengeluarkan ketumbuhan yang hampir membunuhnya.