Kenderaan bawa pekerja bantuan diserang

Kenderaan bawa pekerja bantuan diserang

YANGON, 22 Nov – Dua buah kenderaan yang membawa para pekerja bantuan untuk memberi perhatian kepada mereka yang berpindah tempat telah diserang oleh pasukan gabungan tiga kumpulan etnik bersenjata ketika kenderaan itu bergerak menuju Zon Perdagangan Sempadan Mile Muse ke 105 di negeri utara Shan, Myanmar, menurut Jawatankuasa Maklumat Pejabat Kaunselor Kerajaan.

Tiga kumpulan bersenjata dikenal pasti sebagai Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) dan Tentera Gabungan Demokrasi Kebangsaan Myanmar (MNDAA).

Dalam serangan tengah hari semalam ke atas dua buah kenderaan itu, masing-masing milik pasukan Myittamon Philanthropic dan Persatuan Awam Parami, seorang pekerja bantuan cedera parah.

Penembakan dengan menggunakan senjata api ringan dari kedudukan atas bukit memaksa kenderaan-kenderaan itu kembali ke hospital Muse dengan yang tercedera dirawat tanpa meneruskan perjalanan.

Semalam, pertempuran bersenjata berterusan di Muse dengan pasukan gabungan tiga kumpulan bersenjata dengan bilangan mereka lebih 100 orang menyerang stesen polis Phangsai dengan senjata kecil dan berat.

Jambatan kayu di lebuh raya Namtu-Baw Thwin diletupkan yang mengakibatkan lalu lintas terhenti.

Bagaimanapun jalan raya Lashio-Muse berhampiran laluan masuk ke kampung Nanaun, 32 km selatan Muse, yang disekat oleh beberapa buah lori berat telah dirompak oleh kumpulan bersenjata sejak malam Ahad lalu, telah dibersihkan dan dibuka pagi semalam oleh pasukan kerajaan, menurut jawatankuasa maklumat. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA